Tuesday, April 7, 2009

KETIKA DAN KALIMAT

Hari ini kelas Dr.Normaliza berjalan seperti biasa. Aku rasa takut sangat sebab blog aku tak link dengan BBM3410. Mungkin aku salah taip laman url masa daftar pada hari kelas Cik Allia. Dah lah Dr. Normaliza nak tengok 10 post dalam blog, tiba-tiba blog aku lak buat hal. Berdebar menunggu kedatangan beliau. Beliau datang dengan muka yang agak ceria. Hari ini ada presentation kumpulan yang tidak dapat buat pada minggu lepas, dan pada hari ini juga beliau menyatakan kelas pada minggu hadapan sudah tiada kerana dia sibuk dengan pementasan teater. Semuanya sugul je mendegar padahal seronok. Nasib baik dia tidak periksa blog. Aku dah rasa takut sangat dah. Tetapi ada lagi aktiviti yang hendak dibuat iaitu teka silang kata. Mencari sebanyak 20 klu mengenai apa yang pernah diajar oleh beliau. Kumpulan aku hanya sempat mencari 13 klu sahaja. Selepas itu aktiviti kedua pula ialah membuat origami. Kumpulan aku tidak berjaya menyiapkan origami yang di perlukan. Tidak mengapalah dah takdir...

Selama aku mengambil mata pelajaran ini aku dapat merasakan sangat teretkan kerana banyak kerja tetapi sebenarnya sangat menyeronokkan dan banyak memberi aku panduan untuk menghasilkan iklan, kalendar, laman web dan blog. Selain itu juga aku dapat menimba ilmu pengetahuan serta menjiwai perasaan anak-nak yatim yang telah kehilangan tempat bergantung...

Akan aku sematkan kenangan bersama dengan DR.NORMALIZA dan CIK ALLIA sehingga keakhir hayat.... terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada aku selama ini.

KENANGAN BBM 3410 SESI 2008/2009

No comments:

Post a Comment