Tuesday, April 7, 2009

Seterusnya ialah tepat pada pukul 3.00petang kami mengadakan latihan tatabahasa dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami melihat ada sesetengah anak yatim disini tidak pandai membaca dan menulis. Kami berehat seketika untuk makan dan minum petang selama setengah jam. Tepat pada pukul 4.00 petang kami mengadakan aktiviti bola beracun dimana siap yang terpegang bola tersebut maka didenda menjawab soalan berbentuk tatabahasa.

Pukul 5.00 petang terasa hiba kerana program yang dilakukan pada petang ini akan tamat. Semua anak yatim terasa sedih kerana kami akan meninggalkan mereka semua. Aktiviti terakhir ialah pembahagiaan hadiah dan cenderahati untuk semua anak-anak yatim tersebut. Pengarah program selaku wakil telah menyerahkan hadiah kepada pengurus rumah anak Yatim Rukaiyah. Kami menemu bual pengurus dan beberapa orang anak yatim tersebut sebagai bukti kami pergi kesana dan untuk di bentangkan pada minggu hadapan. Kami bertolak pulang tepat pukul 5.30 petang.

Minggu ke 12. Hari ini semua akan membuat persembahan power point yang dibuat semasa pergi ke rumah anak-anak yatim. Aku dan kawan-kawan aku tidur pukul 4.00 pagi untuk menyiapkan power point untuk present pada hari ini. Hari ini Dr.Normaliza tidak keseorangan kerana tutor yang mengajar kami pun ada bersama untuk menilai persembahan power point rumah anak-anak yatim. Tiba-tiba aku terkejut kerana kumpulan yang pertama yang dipanggil ialah kumpulan aku, aku hanya berdoa agar power point aku bergerak dan tiada masalah. Syukur kumpulan aku diberi pujian oleh Dr.Normaliza.usaha selama ini berbaloi walaupun kumpulan kami yang terakhir yang pergi ke rumah anak-anak yatim. Kami sungguh seronok...

Hari ini aku tiba agak lewat sedikit tetapi nasib baik Cik Allia tidak datang lagi kekelas. Minggu ini kami akan diajar untuk menghasilkan sebuah “blog”. Cik Allia datang tepat pada pukul 8.00 malam. Beliau memberikan kuliah tentang cara-cara untuk menghasilkan sebuah blog. Blog yang dihasilkan ialah berkisar tentang seorang tokoh bahasa dan aku telah memilih Dr.Shrifuddin Yusop sebagai tokoh bahasa. Aku telah pun menemubual beliau minggu lepas. Kami dikehendaki untuk menulis url blog kami. Aku cuak apabila aku terlupa laman url blog aku. Tinggal aku seirang sahaja yang tidak taip url di blog BBM3410. aku memanggil Cik Allia untuk meminta pertolongan beliau. Nasib baik jumpa url aku. Macam-macam masalah aku ni...

No comments:

Post a Comment