Tuesday, April 7, 2009

Berjumpa lagi dengan Cik Allia. Seperti biasa lah datang kelas lebih awal hari ini seperti kebiasaannya. Hari ini cik Allia hendak melihat sejauh mana kerja yang diberikan telah berjaya disiapkan. Aku baru siap sikit je. Malas betul nak buat tapi nasib baik tak kena marah. Semuanya lebih kurang sama je banyak tak siap. Selepas Cik Allia periksa semua menyambung semula kerja yang diberikan.

11 minggu berhadapan dengan subjek Bahasa Dalam Multimedia. Hari ini kuliah diberikan oleh Dr.Arbai’e. nampaknya Dr dalam keadaan marah kerana kerja yang diberikan pada minggu lalu untuk menghasilkan papan cerita gagal dibuat oleh semua pelajar. Semua tunduk diam dan tiba-tiba seorang pelajar dihalau keluar kerana bercakap semasa dia bercakap. Takut pulak. Yalah tidak pernah lihat Dr. Arbai’e macam ni. Dan pada hari jugalah kumpulan aku dan kumpulan wonderpet akan bertemu dan menyerahkan proposal yang telah dibuat untuk pergi rumah anak yatim. Minggu lepas dah bagi tapi ditolak kerana tidak lengkap tetapi syukur lah kerana proposal yang dibuat kali kedua tidak ditolak. Kami akan pergi pada hari ahad ini iaitu 23 mac.

Aku bertungkus lumus untuk menyiapkan laman web yang telah ditugaskan pada aku. Kerana pada malam ini minggu untuk Cik Allia melihat keseluruhan laman web yang telah disiapkan oleh semua orang. Menunggu kedatangannya bagai menunggu sorang yang garang. Takut juga ni takut laman web yang aku buat ni buat hal pulak. Matilah aku. Tiba giliran aku pulak, aku membuka satu-persatu laman web aku. Nasib baik ok tapi dia akap banyakkan link dengan pelbagai. Contohnya link dengan upm, falkulti dan sebagainya.

Pada 23 mac 2009, hari ahad tepat pada pukul 7.00 pagi kumpulan kami dan kumpulan wonderpet telah bertolak dari upm ke rumah Yatim Rukaiyah Bangi Selangor. Semua kelengkapan seperti alatan, makanan, cenderahati dan sebagainya telah dibawa. Kami tiba pada pukul 7.30 pagi dan disambut dengan penuh keriagan oleh anak-nak yatim disitu. Aktiviti bermula dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh Zuwara. Selepas itu aktiviti kedua ialah gotong-royong yang dikendalikan oleh aku sendiri selama 2 jam. Tepat pada pukul 11 pagi kami berehat dan makan dan minum pagi. Seterusnya ialah tayangan multimedia sebelum semua berhat tepat pada pukul 1.00 tengahari. Kami semua keluar makan dan kembali untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Tepat pada pukul 2.00 petang aktiviti membentuk logo, nama kumpulan dan cheers kumpulan. Semuanya hebat-hebat.

No comments:

Post a Comment