Tuesday, April 7, 2009

KETIKA DAN KALIMAT

Semester ini merupakan semester akhir bagi ku yang akan melangkah keluar ke menara gading dan akan mencari rezeki yang dapat menampung diriku. Ini merupakan juga semester 2008/2009 dan aku berbangga kerana dapat juga aku menghabiskan perjuangan yang selama ini aku pikul sama ada senang atau susah, semuanya demi mendapatkan segulung ijazah yang di idamkan oleh setiap pelajar. Semuanya aku tempuhi dengan sabar walaupun pada semester pertama aku memasuki menara gading aku telah kehilangan seorang ayah yang amat sayangi. Keputusan semester pertama peperiksaan aku telah jatuh teruk kerana aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran aku disebabkan aku merasakan aku tiada lagi tempat bergantung. Namun berbekalkan ketabahan dan dorongan dari keluarga aku terus bangun dan bangun untuk menjadi yang terbaik.

Sebelum cuti semester lima lagi aku telah mendaftar subjek pelajaran yang akan diambil untuk semester akhir. Antara subjek yang telah aku ambil ialah panji Melayu, puisi Melayu, pengantar penterjemahan, falsafah bahasa Melayu dan krusus yang wajib diambil bagi memenuhi syarat untuk mendapat ijazah ialah bahasa dalam multimedia. Pada 29 Disember 2009 semester pertama telah dibuka dan merupakan hari pertama kedua 2008/2009. semua pelajar bersemangat untuk menghadiri kelas pertama dan begitu juga aku yang bersemangat untuk menghadiri kelas pertama pada hari isnin. Pada hari isnin kelas aku terlalu padat iaitu dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Tetapi menghadiri kelas merupakan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar.

Pada hari rabu pula, aku akan menghadiri kelas bahasa dalam multimedia. Aku menghadiri kelas ni lebih awal kerana aku pernah terdengar pengalaman pelajar dahulu bahawa pensyarah yang akan mengajar mata pelajaran ini adala seorang yang garang dan sangat tegas apabila mengajar. Aku dan kawan-kawan aku berdebar-debar menunggu kedatangan pensyarah yang telah di tetapkan untuk mengajar mata pelajaran ini. Semua berebut-rebut untuk duduk dihadapan. Tatapi aku takut hendak duduk dihadapan. Masa yang ditunggu telah tiba, pensyarah tersebut telah datang. Dari gayanya dapat dilihat dia seorang amat tegas. Beliau telah memperkenalkan dirinya sebagai dr. Normaliza. Banyak peraturan yang telah diberikan semasa berada dalam kelas ini. Tiba-tiba ada beberapa orang pelajar yang telah datang lambat dan dr. Normaliza telah mengarahkan semua
pelajar yang datang lambat berdiri ditepi. Beliau telah memberikan pesanan bahawa dia tidak suka pelajar yang datang lambat dari dia, pelajar yang buat bising dalam kelas dan pelajar yang akhir sekali yang duduk dibelakang dikira tidak hadir. Semuanya ketakutan. Pada kelas pertama ini juga, beliau telah mengarahkan pelajar untuk membentuk kumpulan masing-masing dan di di dalam kumpulan tersebut mempunyai 6 orang ahli dan seorang ketua kumpulan. Dia juga mengarahkan setiap kumpulan untuk mencari nama bagi kumpulan masing-masing. Dan kumpulan aku di ketuai oleh alifah dan ahli-ahlinya ialah sarah, ipah, ila, zuwara dan aku sendiri. Setelah berbincang kami telah bersetuju untuk manamakan kumpulan kami sebagai Phoenix. Setelah beberapa minit masa yang diberikan tugasan yang pertama pada minggu hadapan. Kami hendaklah membawa majalah ,gam, gunting dan enam keping mautin box. Semua berfikir apa yang akan dilakukan pada minggu hadapan. Setelah itu beliau juga memberitahu bahawa dalam kelas pelajar hendaklah menggunakan kamera untuk mengambil nota yang akan di ajarkan nanti berdasarkan slaid yang ditunjukkan dihadapan.
Pada minggu kedua pula kelas yang telah ditunggu-tunggu telah tiba. Semuanya telah membawa bahan-bahan yang telah di pesan oleh dr Normaliza pada minggu lepas. Pensyarah subjek ini telah datang dan pada hari ini semuanya datang awal seperti yang di arahkan oleh beliau. Beliau telah memberi sedikit kuliah tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini. Semua mengeluarkan kamera masing-masing bagi mengambil gambar nota yang ditayangkan di slaid hadapan. Selepas beberapa minit beliau memberikan kuliah beliau mengarahkan pelajar mencari tempat yang sendiri dalam kelas dan duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan pada minggu lepas. Semuanya berebut-rebut mencari tempat yang sesuai. Hari ini semua pelajar ditugaskan untuk mencari iklan yang mempunyai lima elemen yang penting iaitu kesesuian, keseimbangan, warna, teks dan mudah. Sebelum ini juga beliau telah memberi penerangan tentang penerbitan iklan yang mempunyai elemen-elemen ini jadi pelajar dikehendaki mencari dan menampal iklan yang berdasarkan kelima-lima elemen keatas mountin box dan menghantar selewat-lewatnya pukul 2.15 petang ini. Semua pelajar sibuk mencari dan menampal keatas kertas keras. Kumpulan kani telah berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada pukul 2.10 petang dan kesemua pelajar dikehendaki menghantar tugasan ini kapada beliau yang berada didalam bilik beliau. Kami kepenatan apabila tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Kami pulang kekolej masing-masing.Pengalaman yang dilalui pada hari ini sangat bermakna dalam diriku kerana ia mengajar aku erti kesabaran dan kerjasama antara kumpulan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Walaupun penat tetapi ia sangat berbaloi dengan usaha keras dalam menyiapkan tugasan ini bersama-sama.
Pada minggu ke 3 pula iaitu 14 januari 2009, dr Normaliza memberikan kuliah seperti biasa dan banyak yang banyak input-input tentang bahasa dalam multimedia diterima pada hari ini. Beliau juga telah memberi ucapan tahniah kerana tugasan yang telah diberikan pada mingu lepas telah berjaya disiapkan berdasarkan arahan yang telah diberikan. Semua rasa seronok apabila mendengar pujian tersebut. Pada hari ini juga dr Normaliza telah memperkenalkan tutor yang akan mengajar kami semasa kelas tutorial nanti. Salah seorangnya ialah anak beliau sendiri iaitu cik Allia dan seorang lagi tutor ialah cik Nurul. Kami dikehendaki menulis nama masing-masing di hadapan bilik beliau nanti. Dalam tutorial nanti dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana kumpulan satu diajar oleh cik Nurul manakala kumpulan dua dan tiga akan diajar oleh anak beliau sendiri iaitu cik Allia. Kami terpaksa mendaftar kumpulan tiga kerana kedua-dua kumpulan yang lain sudah penuh. Kelas kumpulan tiga telah ditetapkan pada hari khamis malam pada pukul 8.00 malam. Kami tidak kisah asal dapat menghadiri kelas tersebut walaupun keadaan yang sebenarnya aku takut kerana cik Allia seorang yang tegas seperti ibunya sendiri. Selepas memperkenalkan tutor dr.Normaliza meneruskan pengajarannya sehingga habis kelas tepat pada pukul 2.00 petang.
Hari Khamis yang telah ditunggu-tunggu telah tiba, aku berdebar-debar untuk menghadiri kelas tutorial. Aku tiba awal iaitu pada pukul 7.45 malam kerana takut berhadapan dengannya dan aku lihat semuanya datang awal. Cik Allia pun datang dengan muka yang agak masam juga. Kami dibenarkan masuk kelas. Kelas aku pada kali ini di sanggar bahasa iaitu lab sanggar. Semua mengambil tempat masing-masing. Tiba-tiba ada dua orang yang datang lambat dan dikehendaki berdiri dihadapan kelas dan Cik Allia mengarahkan pelajar tersebut memberi lima alasan kenapa datang lambat. Sambil menunggu palajar tersebut memikirkan alasan cik Allia telah memanggil nama seorang demi seorang. Selepas itu kami diberikan kertas untuk menulis nombor meja dan menjelaskan peraturan menggunakan lab tersebut. Tugasan pertama tutorial ialah kami dikehendaki membuat slaid power point mengenai isu-isu semasa. Kami dikehendaki menulis tajuk dihadapan dan tajuk yang aku pilih ialah “budaya punk di kalangan remaja”. Kami diberikan selama 3 minggu untuk menyiapkannya dan dibentangkan didalam kelas pada minggu ketiga. Cik Allia juga menerangkan cara-cara menggerakkan slaid, memasukkan lagu dan kami hendaklah mencari gambar berkaitan dengan tajuk yang kami pilih. Semuanya bertungkus lumus mencari gambar yang bersesuian dengan tajuk yang dipilih. Maksimun slaid yang telah ditetapkan ialah 20 dipersembahkan selama 30 saat. Begitulah rutin harian kami selama 2 minggu berusaha untuk menyiapkan persembahan power point.
Minggu seterusnya kelas dr.Normaliza kami diberikan kuliah seperti biasa tentang dunia IT. Selepas itu kami diberikan kejutan iaitu sesi soal jawab mengenai kuliah yang telah diberikan tadi. Semuanya terkejut dan gabra lebih-lebih lagi aku sendiri kerana aku tidak mempunyai kamera untuk menangkap gambar slaid dihadapan. Tetapi nasib baik zuwara membawa kamera jadi senang sikitlah nak jawab soalan. Dr.Normaliza memanggil nama kumpulan secara rawak dan nasib baik kami dapat menjawab soalan yang telah diajukan. Sebelum meninggalkan kelas beliau memberi pesanan supaya setiap kumpulan dikehendaki membawa kamera untuk tugasan minggu hadapan. Kebiasaannya pada minggu ini juga aku akan menghadiri kelas tutorial. Aku tiba lebih awal takut kena denda berdiri di hadapan kelas. Malu lah. Aktiviti biasa ialah menyiapkan persembahan power point yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.
Seterusnya pula aku menempuhi hari rabu dengan pelbagai aktiviti. Pada kali ini kami semua di kehendaki keluar mencari tempat yang sesuai dengan tugasan yang akan terima. Dr.Normaliza telah mengarahkan untuk menangkap gambar yang buat gaya yang menggambarkan peribahasa, bidalan dan sebagainya. Tekajut kami dibuatnya. Mana tidaknya terpaksa membuat bermacam-macam gaya berkaitan dengan peribahasa. Ada yang buat gaya kaki bangku, senyum-senyum kambing dan sebagainya. Kami dikehendaki menyiapkan tugasan ini dan dibentangkan melalui persembahan power point pada minggu hadapannya. Setelah kelas tamat kami pun pulang ke kolej masing-masing dan akan bertemu kembali pada hari sabtu ini untuk menyambung kembali tugasan yang telah diberikan.

Malam yang mendebarkan telah tiba kerana pada malam ini semua pelajar akan membentangkan persembahan power point yang telah diberikan masa 3 minngu untuk menyiapkan. Aku sangat takut kerana mana tahu tiba-tiba power point aku tidak boleh dimainkan. Tepat pukul 8.00 malam je Cik Allia tiba. Semuanya rasa berdebar apabila melihat dia termasuklah aku sendiri. Seorang demi seorang di panggil untuk membentangkan power point yang dibuat selama 3 minggu ini. Tiba pula giliran aku untuk tampil kehadapan dan mempersembahkan tugasan yang aku siapkan mengenai “budaya punk di kalangan remaja”. Hanya tuhan yang tahu bertapa hati aku berdegup dengan kencangnya kerana ketakutan. Aku berdoa agar power point aku tiada apa-apa masalah. Alahamdulillah pendrife aku tidak mendatangkan masalah. Persembahan power point aku berjalan seperti biasa. Selepas pembentangan aku siap tiba pula giliran kawan sebilik aku tetapi nasib kawan aku malang kerana dia tersalah buka folder. Folder yang dia buka tidak mengandungi lagu. Aku sungguh kasian melihat dia dan semua orang turut bersimpati melihat kekeruhandan kesedihan yang tergambar diwajahnya.
Pada hari sabtu kami telah bertemu kembali dengan ahli kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang akan dibentangkan pada hari rabu ini. Kami terasa kepenatan kerana seharian menyiapkan juga tugasan ini. Hari yang di nanti telah tiba. Semuanya datang lebih awal kerana pada petang ini setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan power point yang telah dibuat berdasarkan arahan yang telah diberikan pada minggu lepas. Persembahan ini adalah selama 7 minit dan setiap persembahan mempunyai lagu. Pensyarah yang ditunggu telah datang. Beliau mengarahkan sesiapa sahaja yang hendak present dahulu. Jikalau lebih daripada pukul dua presentation tidak diterima. Kumpulan kami pun boleh dikatakan kumpulan yang hampir akhir yang present kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi yang terdahulu. Namun nasib baik kumpulan kami sempat. Berdebar juga apabila persembahan power point kami di bentangkan. Tetapi syukurlah kepada yang maha esa tiada apa-pa masalah yang menimpa. Hanya kegembiraan yang terpancar di wajah ahli kumpulan masing-masing dan pensyarah juga turut berbangga kerana kesemua palajar dapat menjalankan tugas yang telah ditetapkan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada setiap kumpulan.