Tuesday, April 7, 2009

Semester ini merupakan semester akhir bagi ku yang akan melangkah keluar ke menara gading dan akan mencari rezeki yang dapat menampung diriku. Ini merupakan juga semester 2008/2009 dan aku berbangga kerana dapat juga aku menghabiskan perjuangan yang selama ini aku pikul sama ada senang atau susah, semuanya demi mendapatkan segulung ijazah yang di idamkan oleh setiap pelajar. Semuanya aku tempuhi dengan sabar walaupun pada semester pertama aku memasuki menara gading aku telah kehilangan seorang ayah yang amat sayangi. Keputusan semester pertama peperiksaan aku telah jatuh teruk kerana aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran aku disebabkan aku merasakan aku tiada lagi tempat bergantung. Namun berbekalkan ketabahan dan dorongan dari keluarga aku terus bangun dan bangun untuk menjadi yang terbaik.

Sebelum cuti semester lima lagi aku telah mendaftar subjek pelajaran yang akan diambil untuk semester akhir. Antara subjek yang telah aku ambil ialah panji Melayu, puisi Melayu, pengantar penterjemahan, falsafah bahasa Melayu dan krusus yang wajib diambil bagi memenuhi syarat untuk mendapat ijazah ialah bahasa dalam multimedia. Pada 29 Disember 2009 semester pertama telah dibuka dan merupakan hari pertama kedua 2008/2009. semua pelajar bersemangat untuk menghadiri kelas pertama dan begitu juga aku yang bersemangat untuk menghadiri kelas pertama pada hari isnin. Pada hari isnin kelas aku terlalu padat iaitu dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Tetapi menghadiri kelas merupakan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar.

Pada hari rabu pula, aku akan menghadiri kelas bahasa dalam multimedia. Aku menghadiri kelas ni lebih awal kerana aku pernah terdengar pengalaman pelajar dahulu bahawa pensyarah yang akan mengajar mata pelajaran ini adala seorang yang garang dan sangat tegas apabila mengajar. Aku dan kawan-kawan aku berdebar-debar menunggu kedatangan pensyarah yang telah di tetapkan untuk mengajar mata pelajaran ini. Semua berebut-rebut untuk duduk dihadapan. Tatapi aku takut hendak duduk dihadapan. Masa yang ditunggu telah tiba, pensyarah tersebut telah datang. Dari gayanya dapat dilihat dia seorang amat tegas. Beliau telah memperkenalkan dirinya sebagai dr. Normaliza. Banyak peraturan yang telah diberikan semasa berada dalam kelas ini. Tiba-tiba ada beberapa orang pelajar yang telah datang lambat dan dr. Normaliza telah mengarahkan semua
pelajar yang datang lambat berdiri ditepi. Beliau telah memberikan pesanan bahawa dia tidak suka pelajar yang datang lambat dari dia, pelajar yang buat bising dalam kelas dan pelajar yang akhir sekali yang duduk dibelakang dikira tidak hadir. Semuanya ketakutan. Pada kelas pertama ini juga, beliau telah mengarahkan pelajar untuk membentuk kumpulan masing-masing dan di di dalam kumpulan tersebut mempunyai 6 orang ahli dan seorang ketua kumpulan. Dia juga mengarahkan setiap kumpulan untuk mencari nama bagi kumpulan masing-masing. Dan kumpulan aku di ketuai oleh alifah dan ahli-ahlinya ialah sarah, ipah, ila, zuwara dan aku sendiri. Setelah berbincang kami telah bersetuju untuk manamakan kumpulan kami sebagai Phoenix. Setelah beberapa minit masa yang diberikan tugasan yang pertama pada minggu hadapan. Kami hendaklah membawa majalah ,gam, gunting dan enam keping mautin box. Semua berfikir apa yang akan dilakukan pada minggu hadapan. Setelah itu beliau juga memberitahu bahawa dalam kelas pelajar hendaklah menggunakan kamera untuk mengambil nota yang akan di ajarkan nanti berdasarkan slaid yang ditunjukkan dihadapan.

No comments:

Post a Comment