Tuesday, April 7, 2009

Pada minggu kedua pula kelas yang telah ditunggu-tunggu telah tiba. Semuanya telah membawa bahan-bahan yang telah di pesan oleh dr Normaliza pada minggu lepas. Pensyarah subjek ini telah datang dan pada hari ini semuanya datang awal seperti yang di arahkan oleh beliau. Beliau telah memberi sedikit kuliah tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini. Semua mengeluarkan kamera masing-masing bagi mengambil gambar nota yang ditayangkan di slaid hadapan. Selepas beberapa minit beliau memberikan kuliah beliau mengarahkan pelajar mencari tempat yang sendiri dalam kelas dan duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan pada minggu lepas. Semuanya berebut-rebut mencari tempat yang sesuai. Hari ini semua pelajar ditugaskan untuk mencari iklan yang mempunyai lima elemen yang penting iaitu kesesuian, keseimbangan, warna, teks dan mudah. Sebelum ini juga beliau telah memberi penerangan tentang penerbitan iklan yang mempunyai elemen-elemen ini jadi pelajar dikehendaki mencari dan menampal iklan yang berdasarkan kelima-lima elemen keatas mountin box dan menghantar selewat-lewatnya pukul 2.15 petang ini. Semua pelajar sibuk mencari dan menampal keatas kertas keras. Kumpulan kani telah berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada pukul 2.10 petang dan kesemua pelajar dikehendaki menghantar tugasan ini kapada beliau yang berada didalam bilik beliau. Kami kepenatan apabila tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Kami pulang kekolej masing-masing.Pengalaman yang dilalui pada hari ini sangat bermakna dalam diriku kerana ia mengajar aku erti kesabaran dan kerjasama antara kumpulan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Walaupun penat tetapi ia sangat berbaloi dengan usaha keras dalam menyiapkan tugasan ini bersama-sama.
Pada minggu ke 3 pula iaitu 14 januari 2009, dr Normaliza memberikan kuliah seperti biasa dan banyak yang banyak input-input tentang bahasa dalam multimedia diterima pada hari ini. Beliau juga telah memberi ucapan tahniah kerana tugasan yang telah diberikan pada mingu lepas telah berjaya disiapkan berdasarkan arahan yang telah diberikan. Semua rasa seronok apabila mendengar pujian tersebut. Pada hari ini juga dr Normaliza telah memperkenalkan tutor yang akan mengajar kami semasa kelas tutorial nanti. Salah seorangnya ialah anak beliau sendiri iaitu cik Allia dan seorang lagi tutor ialah cik Nurul. Kami dikehendaki menulis nama masing-masing di hadapan bilik beliau nanti. Dalam tutorial nanti dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana kumpulan satu diajar oleh cik Nurul manakala kumpulan dua dan tiga akan diajar oleh anak beliau sendiri iaitu cik Allia. Kami terpaksa mendaftar kumpulan tiga kerana kedua-dua kumpulan yang lain sudah penuh. Kelas kumpulan tiga telah ditetapkan pada hari khamis malam pada pukul 8.00 malam. Kami tidak kisah asal dapat menghadiri kelas tersebut walaupun keadaan yang sebenarnya aku takut kerana cik Allia seorang yang tegas seperti ibunya sendiri. Selepas memperkenalkan tutor dr.Normaliza meneruskan pengajarannya sehingga habis kelas tepat pada pukul 2.00 petang.

No comments:

Post a Comment