Tuesday, April 7, 2009

Hari Khamis yang telah ditunggu-tunggu telah tiba, aku berdebar-debar untuk menghadiri kelas tutorial. Aku tiba awal iaitu pada pukul 7.45 malam kerana takut berhadapan dengannya dan aku lihat semuanya datang awal. Cik Allia pun datang dengan muka yang agak masam juga. Kami dibenarkan masuk kelas. Kelas aku pada kali ini di sanggar bahasa iaitu lab sanggar. Semua mengambil tempat masing-masing. Tiba-tiba ada dua orang yang datang lambat dan dikehendaki berdiri dihadapan kelas dan Cik Allia mengarahkan pelajar tersebut memberi lima alasan kenapa datang lambat. Sambil menunggu palajar tersebut memikirkan alasan cik Allia telah memanggil nama seorang demi seorang. Selepas itu kami diberikan kertas untuk menulis nombor meja dan menjelaskan peraturan menggunakan lab tersebut. Tugasan pertama tutorial ialah kami dikehendaki membuat slaid power point mengenai isu-isu semasa. Kami dikehendaki menulis tajuk dihadapan dan tajuk yang aku pilih ialah “budaya punk di kalangan remaja”. Kami diberikan selama 3 minggu untuk menyiapkannya dan dibentangkan didalam kelas pada minggu ketiga. Cik Allia juga menerangkan cara-cara menggerakkan slaid, memasukkan lagu dan kami hendaklah mencari gambar berkaitan dengan tajuk yang kami pilih. Semuanya bertungkus lumus mencari gambar yang bersesuian dengan tajuk yang dipilih. Maksimun slaid yang telah ditetapkan ialah 20 dipersembahkan selama 30 saat. Begitulah rutin harian kami selama 2 minggu berusaha untuk menyiapkan persembahan power point.
Minggu seterusnya kelas dr.Normaliza kami diberikan kuliah seperti biasa tentang dunia IT. Selepas itu kami diberikan kejutan iaitu sesi soal jawab mengenai kuliah yang telah diberikan tadi. Semuanya terkejut dan gabra lebih-lebih lagi aku sendiri kerana aku tidak mempunyai kamera untuk menangkap gambar slaid dihadapan. Tetapi nasib baik zuwara membawa kamera jadi senang sikitlah nak jawab soalan. Dr.Normaliza memanggil nama kumpulan secara rawak dan nasib baik kami dapat menjawab soalan yang telah diajukan. Sebelum meninggalkan kelas beliau memberi pesanan supaya setiap kumpulan dikehendaki membawa kamera untuk tugasan minggu hadapan. Kebiasaannya pada minggu ini juga aku akan menghadiri kelas tutorial. Aku tiba lebih awal takut kena denda berdiri di hadapan kelas. Malu lah. Aktiviti biasa ialah menyiapkan persembahan power point yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment