Tuesday, April 7, 2009

Hari-hari yang berlalu terasa cepat meninggalkan aku. Hari ini merupakan minggu yang ke 9 dalam semester 2008/2009. selepas menghadiri kelas “Falsafah Bahasa Melayu” aku terus kekantin untuk minum kerana haus. Kelas Dr Normaliza pukul 12.00 tengahari jadi sempatlah jikalau hendak minum dan makan. Selepas je makan aku dan kawan-kawan aku terus bergegas menuju ke kelas. Nampaknya orang tidaklah ramai sangat. Aku duduk sambil menunggu kedatangan semua orang. Pada hari ini semuanya datang lambat sikit. Tetapi tidak mengapa asal jangan datang selepas Dr.Normaliza datang. Tepat pada pukul 12.05 minit tengahari Dr.Normaliza pun datang. Kuliah berjalan seperti biasa. Semua mengeluarkan kamera masing-masing untuk menangkap gambar slaid yang berada dihadapan yang mengandungi kuliah yang diberikan pada hari ini. Biasalah selepas itu dia akan mengajukan beberapa soalan bonus. Kumpulan aku sempat menjawab juga 2 soalan yang diajukan tersebut. Selepas itu, kami dibenarkan pulang lebih awal kerana dia mengatakan pada hari ini kelakuan kami semua baik-baik.

Tepat pada pukul 7.50 malam aku dan kawan aku sampai di Sanggar Bahasa untuk menghadiri kelas toturial bersama dengan Cik Allia. Aku lihat ada setengah yang sudah sampai lebih awal. Kami menunggu Pakcik Zali untuk membuka pintu lab. Selepas lab di buka kami masuk sambil menunggu Cik Allia datang. Setelah Cik Allia datang, kami sekali diberikan penerangan tentang aktiviti pada hari ini. Tugasan pada minggu ini ialah merekabentuk “ website ” berdasarkan papan cerita. Tajuk yang telah diutarakan oleh Cik Allia untuk merekabentuk “website” ialah tentang diri kami sendiri iaitu meliputi biodata diri, pendidikan, keluarga, pengalaman kerja dan sebagainya. Kami menggunakan Microsoft Office Frontpage bagi menghasilkan laman web. Aku membuat lakaran awal atau papan cerita sebelum memulakan penghasilan laman web.

Minggu 10 semester ini. Kelas bermula seperti biasa. Sambil menunggu Dr.Normaliza datang aku minum dan sambil borak-borak dengan kawan-kawan. Masuk je kelas aku mengambil tempat duduk yang aku sempat rebut. Hari ini Dr.Normaliza memberi kuliah tentang aktiviti yang akan dilakukan hari ini. Tugasan hari ini ialah membuat iklan bilbog yang sering di paparkan di tepi jalan raya. Kami diberikan 6 keping kertas lukisan dan dikehendaki melukis iklan setiap kumpulan. Setelahberbincang iklan yang hendak di dibuat kumpulam kami bersetuju untuk mengiklankan tas tangan wanita yang bernama melastik bintang. Kelakar je nama tu tapi nak buat macam mana Dr nak benda yang berlainan. Kami berusaha untuk menyiapkan iklan ini dan akhirnya kami siap dan menghantar di bilik beliau dan nasib baik tak kena reject. Alahamdulillah...

No comments:

Post a Comment