Tuesday, April 7, 2009

Hari ini merupakan minggu ke 7 dan pada mibggu lepas Dr.Normaliza telah meninggalkan pesanan supaya melihat dipapan kenyataan dihadapan biliknya untuk aktiviti pada minggu ini. Pada miggu ini kami diminta membawa 6 keping kertas lukisan yang bersaiz A3, pensil 2B. Aku pun tidak pasti apa yang akan dilakukan pada hari ini. Pensyarah yang dinanti telah tiba, mukanya agak ceria pada hari ini. Beliau telah memberikan sedikit kuliah tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini. Selepas beberapa ketika beliau menerangkan bagaimana hendak menghasilkan e-majalah. Semua diminta duduk didalam kumpulan masing-masing dan berbincang majalah apa yang hendak di jadikan panduan pada orang ramai nanti. Setelah berbingcang dengan ahli kumpulan aku, kami bersetuju untuk menghasilkan e-majalah tentang eksesori wanita. Kami juga diminta untuk membuat papan cerita kerana Dr.Normaliza akan periksa setiap kumpulan sebelum melakukan kerja-kerja yang seterusnya. Kami di minta untuk hantar tepat pada pukul 2.15 petang di bilik beliau. Akhirnya setelah bertungkus lumus kumpulan kami berjaya menyiapkan sebuah e-majalah. Kami mengahantar e-majalah yang telah kami siapkan tepat pada pukul 2.00 petang.

Bertemu kembali dengan Cik Allia yang dikasihi. Malam ni beliau hendak memeriksa kerja-kerja yang kami lakukan mengenai kalendar. Ada yang cantik ada yang belum siap dan ada yang baru hendak cari gambar. Aku pulak dikatakan separuh siap lah. Baru bulan lima aku siapkan tapi tak sepenuhnya. Begitu juga dengan rakan-rakan aku. Tapi nasib baik Cik Allia mood elok je. Jikalau tak memang kena marah lah semua orang.

Hari ini minggu ke 8. debaran aku kencang menuggu kedatangan Dr.Normaliza. Namun pada hari ini bukan beliau yang mengajar tetapi Dr. Arbai’e yang mengambil alih tugasan memberikan kuliah pada hari ini. Aku berasa lega kerana aku ingatkan Dr.Normaliza yang hendak mengajar. Pada hari ini Dr.Arbai’e memberikan kuliah tentang penghasilan papan cerita bagi menghasilkan sebuah laman web ataupun sebuah buku yang berbentuk digitel yang di dalam proses meyiapakan iaitu “Hikayat Panji Semirang”. Dr.Arbai’e juga menunjukkan bagaimana penghasilan papan cerita “Hikayat Panji Semirang” iaitu dari proses mengkaji buku dan memahami teks sehingga dialog dan lukisan tentang watak tersebut dihasilkan. Semua orang terpengun melihat usaha yang di hasilkan oleh Dr.Arbai’e. Beliau juga memberikan tugasan untuk semua pelajar iaitu menghasilkan papan cerita mengenai “ Tsunami”.

Minggu ni merupakan tarikh penghantaran tugasan yang telah diberikan oleh Cik Allia. Aku dan kawan aku telah pun menghantar kalendar yang telah di siapkan ke kedai print kalendar pada minggu lepas lagi. Alamdulillah semuanya siap tetapi gambar pecah-pecah sikit. Takut juga mana lah tahu Cik Allia tidak mahu terima. Cik Allia datang dengan penuh senyuman. Semua diminta olehnya untuk menghantar tugasan dihadapan dan menulis nama bagi pengesahan penghantaran. Semuanya menjalankan tugas dengan sempurna. Selepas siap hantar tugasan kami akan diberikan penerangan tentang tugasan yang akan dilakukan pada minngu hadapan iaitu menghasilkan sebuah “ laman Web”.

No comments:

Post a Comment