Tuesday, April 7, 2009

Pada malam ini merupakan minggu ke 5 aku menghadiri kelas toturial dan kami bertemu kembali dengan Cik Allia dan sekarang aku rasakan bahawa dia sebenarnya adalah seorang yang baik hati dan periang. Tanggapan aku selama ini terhadap dia meleset. Hari ini Cik Allia tersenyum apabila memasuki kelas. Pada hari ini Cik Allia telah memberikan tugasan yang ketiga iaitu penghasilan kalendar 2009 dan harus disiapkan selama 4 minggu dan dihantar pada minggu ke 8. Beliau telah menunujukkan cara-cara untuk menghasilkan sebuah kalendar meja yang bersaiz b5. aku rasakan sangat rumit untuk menyiapkan sebuah kalendar kerana terpaksa melalui beberapa proses antaranya memasukkan nombor, gambar, crop gambar dan sebagainya dan sememangnya penghasilan sebuah kelendar ini memerlukan ketabahan dan kesabaran. Selepas Cik Allia menunjukkan cara untuk menghasilkan kalendar aku terus membuka internet dan mencari gambar yang sesuai dengan perancangan kalendar yang akan aku hasilkan nanti. Semua orang sibuk melayari internet dan bermacam-macam gelagat yang dapat dilihat didalam kelas aku. Maklumlah ramai sangat pelajar lelaki. Kami dibenarkan pulang lebih awal pada hari ini. Terasa sungguh seronok hari ini kerana dapat balik awal.

Hari ini merupakan minggu ke 6 kelas bahasa dalam multimedia. Menjadi kebiasaanlah selepas menghadiri kelas falsafah bahasa Melayu aku terburu-buru untuk berebut tempat supaya tidak mendapat tempat yang paling akhir dalam kelas nanti. Tak pasal-pasal tidak dikira hadir. Pada awal kuliah lagi Dr.Normaliza telah memberi tugasan yang wajib iaitu setiap kumpulan dikehendaki menjalankan tugasan amal yang diperlu dibuat dirumah anak-anak yatim dan hendaklah dibentangkan pada minggu ke 12. Pada hari ini hanya kuliah seperti biasa dan mengemukakan soalan bonus pada setiap kumpulan. Semua berebut-rebut untuk menjawab soalan yang di ajukan. Tiada apa tugasan pun pada hari ini.seronok rasanya.
Malamnya pulak bertemu lagi dengan Cik Allia. Gari ni aku dan rakan-rakan yang lain hanya mengadap komputer menyiapkan kalendar yang diarahkan pada minggu lepas. Mood Cik Allia nampaknya sungguh baik

No comments:

Post a Comment